Datuk Yusof Haslam & Isteri Layan Cucu Dengan Baik, Ramai Harap Hubungan Sarah & Syamsul Kembali Pulih!

    462

    Isu rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami, Syamsul Yusof sedang hangat dibual netizen di media sosial. Hujung minggu lalu, Puteri Sarah telah mendedahkan bahawa rumah tangganya sering diganggu oleh Ira Kazar yang dikatakan mempunyai hubungan dengan suaminya.

    Biarpun rumah tangga dilanda badai, perkongsian Puteri Sarah di aplikasi TikTok telah menarik perhatian warganet apabila sebuah rakaman video yang dimuat naik itu memaparkan hubungan baik mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan isteri dengan cucu-cucu.

    Hidup ini penuh dengan keberkatan, tapi kita selalu ambil mudah. Kita selalu fikirkan perkara yang kita tidak miliki. Hargailah apa yang kita ada sekarang dan bersyukurlah. Ramai yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon tersebut dan berharap hubungannya dengan suami dapat dipulihkan.

    Menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan Datuk Yusof Haslam dan isteri yang masih melayan menantu serta cucu dengan baik walaupun rumah tangga anaknya sedang dilanda badai.

    Sumber: puterisarahliyana

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here