Dituduh Memondan, Aliff Syukri Mahu Saman Damian Mikhail RM1 Juta?

    466

    Sejak melancarkan video muzik lagu Kelepok Raya, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menerima kecaman dan teguran ramai kerana lakonannya mempunyai unsur bertentangan norma serta budaya tempatan.

    Terbaru, usahawan berusia 35 tahun itu bercadang untuk mengambil tindakan saman terhadap seorang individu yang memfitnah dirinya sengaja ‘memondan’ dalam video muzik tersebut.

    Sebelum ini, penerbit dan komposer lagu Damian Mikhail bersuara mengenai video muzik berkenaan yang memberi pendapat bahawa Aliff bukan memerlukan publisiti mahupun wang tetapi mahu ‘memondan’.

    Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian di InstaStory, Aliff meminta individu terbabit segera tampil bagi melakukan permohonan maaf berbentuk video dalam tempoh 24 jam.

    Selain itu, dia juga berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan perbualan bersama peguam yang bakal dilantik untuk mengambil tindakan undang-undang dengan saman berjumlah RM1 juta.

    Malah, Aliff juga menegur individu tersebut yang bertindak mengutuk dirinya secara berlebih-lebihan dalam mengkritik sekali gus boleh mencalarkan imej serta reputasinya kepada umum.

    Terdahulu, bapa kepada lima orang cahaya mata itu sudah memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Cyberjaya berhubung video muzik berkenaan.

    Video muzik terbabit memperlihatkan sekumpulan penari lelaki yang mengenakan solekan selain berperwatakan lembut dengan tarian agak keterlaluan.

    Sumber: Instagram Aliff Syukri

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here