Jadi ‘Paparazi’ Rakam TokTi Keluarkan Duit di ATM, Peminat Fanatik Buat Aafiyah Takut!

    1295

    Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok sehingga mendapat kecaman ramai. Mana tidaknya, peminat fanatik penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dilihat seolah-olah seperti ‘paparazi’ apabila merakam gerak-geri selebriti itu ketika sedang berada di mesin ATM untuk mengeluarkan duit.

    Walaupun pengguna TikTok itu menyatakan yang kakaknya memang meminati penyanyi tersebut dan sangat teringin menemuinya, tindakan sebegitu sedikit sebanyak menggangu privasi Dato’ Seri Siti Nurhaliza memandangkan beliau sedang mengeluarkan duit di mesin ATM.

    Tindakan tersebut juga menerima kecaman ramai apabila satu akaun Twitter memuat naik kembali video berkenaan di aplikasi itu susulan pengguna TikTok terbabit menutup ruangan komen selepas teruk diserang netizen.

    Walaupun ada yang memuji penampilan TokTi yang tetap ‘cool’ memakai telekung dan tak kisah mengeluarkan sendiri duit di mesin ATM, namun tindakan merakam individu secara sesuka hati sehingga mengganggu keselesaan orang lain adalah tidak patut. Dapat dilihat yang anak kepada penyanyi itu sedikit takut apabila menyorok belakang ibunya ketika dihampiri peminat fanatik berkenaan.

    Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyelar tindakan kurang beradab individu yang merakam selebriti berkenaan secara dekat.

    Mereka juga merasakan tindakan tersebut sangat keterlaluan kerana boleh saja dia menunggu sebentar untuk membolehkan TokTi menyelesaikan urusannya sebelum mengambil gambar bersama.

    Sumber: TikTok, Twitter @aliffkim04, @heize80

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here