Pelakon Kazar Saisi Ulas Anak Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah!

    1257

    Sejak kebelakangan ini, nama anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kaza makin hangat diperkatakan oleh warganet. Ia dikatakan sedemikian kerana didakwa menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.

    Pendedahan itu dikongsikan oleh Puteri Sarah sendiri menerusi hantaran di Insta Story miliknya, malah termasuklah rakan baik kepada anak pelakon veteran tersebut. Ekoran penularan isu tersebut, pelakon Kazar tampil mengulas dakwaan yang dilemparkan kepada anak perempuannya sebagai orang ketiga dalam hal rumah tangga Puteri Sarah sejak empat tahun lalu.

    Jelas Kazar, tiada apa-apa yang boleh dikomen mengenai perkara tersebut. Tak payahlah, tak ada apa-apa nak komen,” kata Kazar . Tambah Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, hanya mereka yang terlibat sahaja yang mengetahui akan hal terbabit.

    Ini kerana dia hanya mengetahui perkara tersebut sebaik sahaja ia kecoh diperkatakan baru-baru ini. Susahlah nak cakap. Mereka saja tahu apa berlaku. Apa saya tahu, perkara ini kecoh diperkatakan baru-baru ini,”jelasnya. Pelakon berusia 63 tahun itu mengatakan tindakannya untuk tidak memberikan komen mengenai hal terbabit adalah bagi menjaga hati semua pihak.

    “Cuma, saya tak tahu nak komen macam mana. Saya juga kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini,”ujar bapa kepada Faghirah Fatini. Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh pihak ketiga iaitu Ira Kazar.

    Sumber: Harian Metro

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here