Ratusan Muslim AS Lakar Sejarah, Laungan Takbir Tarawih Bergema Di Times Square!

    128

    Ratusan warga Muslim di Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah apabila laungan takbir solat tarawih berjemaah bergema di perkarangan Times Square, New York ketika malam Ramadan pertama baru-baru ini.

    Penganjur solat tarawih tersebut, SQ berkata, aktiviti itu dijalankan di tengah-tengah jalan bandar raya adalah kerana sebab-sebab tertentu yang bermotifkan dakwah.

    Jelasnya, mesej yang ingin disampaikan oleh semua orang adalah nilai-nilai perpaduan dan dakwah tanpa kekerasan. Terdapat segelintir orang yang ‘tidak waras’ dalam semua budaya dan agama, (namun) kumpulan kecil (minoriti) itu tidak mewakili majoriti. Terdapat banyak salah faham tentang Islam.

    “Al-Quran adalah wahyu Allah SWT. Ia adalah wahyu terakhir yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan utusan dalam beberapa rasul sebelumnya, sama seperti Isa, Musa. Kita semua saling berhubung. Orang ramai perlu berhenti untuk memecah belahkan agama Islam dan Kristian serta Yahudi dan semua. Ia perlu dihentikan,” katanya, memetik CBS News.

    Difahamkan, kira-kira lebih 115 hidangan berbuka puasa turut diedarkan secara terbuka di sekitar jalan 44th dan Broadway pada hari yang sama. Jelas SQ, edaran juadah berbuka puasa itu adalah selari dengan sifat simpati dan empati yang perlu dimiliki Muslim terhadap insan lain yang tidak berkemampuan.

    “Bagi umat Islam, ia bukan sekadar berpuasa. Jadi kami faham bagaimana perasaan mereka yang tidak dapat makan. Kami melakukan hal ini supaya kita semua lebih dekat dengan Pencipta kita, Allah Taala,” katanya lagi.

    Sumber: CBS New York

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here