Suami Pagi2 Kena Hantar ‘Orang Rumah’ Pergi Sekolah, Jadi Perhatian!

    951

    Kahwin muda sejak kebelakangan ini seakan menjadi trend kerana ada sahaja perkongsian berkaitan hal tersebut berlegar-legar di media sosial.

    Paling menjadi perhatian sudah tentu perkahwinan remaja-remaja yang masih bersekolah dan berusia belasan tahun lagi. Walaupun perkahwinan mereka yang sudah cukup umur tidak dilarang dan pihak keluarga boleh meminta kebenaran mahkamah untuk melangsungkan pernikahan, namun ia tetap menjadi bualan ramai terutamanya di media sosial andai hal tersebut dihebahkan.

    Perkara berkenaan turut dilalui oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @meonpmq_ apabila berkongsi video menghantar isterinya pergi ke sekolah pada awal pagi. Perkongsian tersebut telah ditonton lebih dari empat juta viewers walaupun belum sehari ia dimuat naik. Dapat dilihat yang remaja perempuan berkenaan lengkap mengenakan seragam sekolah dan melambai ke arah suami yang menghantarnya sebelum beredar memasuki perkarangan sekolah.

    Dalam video yang berlainan, dia memaklumkan yang mereka sudah mempunyai cahaya mata dan bakal berhari raya bersama isteri serta anak tersayang pada tahun ini. Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa agak terkejut selepas mengetahui bahawa remaja perempuan itu sudah berumah tangga.

    Ada juga daripada mereka berasa kurang setuju melihat perkahwinan di usia muda dan masih bersekolah namun ada juga yang merasakan hal tersebut wajar kerana usia perkahwinan yang ditetapkan di Malaysia adalah 16 tahun bagi perempuan, manakala 18 tahun bagi remaja lelaki.

    Sumber: TikTok @meonpmq_

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here