“Undang2 Sirim Untuk Banteras Pelitup Muka Hauk Di Pasaran..” – Jovian Mandagie

    2048

    Baru-baru ini, kecoh mengenai pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan SIRIM sehingga menerima pelbagai reaksi negatif netizen yang disifatkan ‘menyusahkan’.

    Bagi pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie, dia menyambut baik pelaksanaan tersebut kerana pelitup muka di bawah jenamanya sudah diperakui selamat selain dalam proses bagi mendapatkan logo SIRIM.

    “Tak perlu panik, boleh gunakan Jovian Mask tanpa was-was. Cop SIRIM kami pun dah on the way,” tulisnya menerusi satu posting di laman Instagram baru-baru ini.

    Jovian yang juga menantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelitup muka dihasilkannya juga telah diiktiraf oleh Medical Device Authority (MDA) dua tahun lalu.

    Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia menegaskan bahawa pelaksanaan tersebut adalah langkah terbaik bagi menghapuskan pelitup muka tidak berkualiti yang ‘bersepah’ dijual di pasaran.

    “Undang-undang Sirim dilakukan untuk banteras pelitup muka hauk di pasaran. Terutamanya yang tak ada pengesahan MDA. Jadi kalau anda ada MDA atau Sirim, baru boleh jual pelitup muka. Pengguna pun boleh pilih dengan bijak,” ujarnya.

    Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan semalam berkata, penguatkuasaan pelitup muka Sirim ditangguhkan dari 4 Julai tahun ini kepada 1 Januari 2023.

    Sumber: Instagram Jovian Mandagie

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here