Video rap di majlis ilmu, Waris dakwa ada pihak sengaja buat ramai marah

    395

    Selepas tular video menyanyikan lagu rap di sebuah majlis ilmu, penyanyi Waris tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi satu posting di laman Instagram miliknya petang tadi.

    Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias berkata, rakaman berdurasi 16 saat itu adalah video Instagram TV (IGTV) lama yang dimuat naik pada November tahun lalu sebelum disunting individu tertentu.

    Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, terdapat individu yang seolah-olah sengaja menjadikan dirinya sebagai ‘bahan’ bagi mencetuskan perbalahan ramai atas tujuan yang tidak dapat dipastikan.

    “Tanda-tanda. Betul nak menang. Aku sayang korang dan kalini aku kena buka mulut dan taknak korang jadi bodoh ditipu lagi. Takpa,aku heavyweight punya punching bag,” katanya berkongsi satu nota penjelasan.

    Difahamkan, IGTV memaparkan Waris menyanyikan lagu Rembau Most Wanted Part II itu adalah ketika dia menjayakan persembahan sempena Maulud Nabi di Majlis Ibnu Khaldun, Negeri Sembilan.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata cuba memahami maksud tersirat di sebalik penjelasan tersebut selain tetap menyalahkan penyanyi itu yang disifatkan tiada ‘common sense’ apabila menerima tawaran nyanyian.

    Sumber: Instagram Waris

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here