2 Tahun Kenal Tunang Dekat PUBG, Tak Pernah Jumpa & Video Call, Rupanya…

    717

    Pernah dikecewakan oleh seorang lelaki empat tahun lalu, bukan alasan bagi seorang gadis untuk tidak membuka hatinya kepada calon baharu yang dikenali menerusi platform permainan atas talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG). Tahniah!

    Menerusi video pendek dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Qasehannis, memperincikan momen-momen berkenalan bersama teman lelakinya sebelum mereka mengambil keputusan untuk bertunang.

    Difahamkan, pasangan ini mula berkenalan pada tahun 2020 di aplikasi PUBG dan sepanjang setahun perkenalan tersebut mereka sama sekali tidak berjumpa mahu pun membuat panggilan video seperti pasangan-pasangan yang lain.

    Selepas dua tahun berkenalan, pasangan ini masih tidak berjumpa antara satu sama lain dan terus mengikat tali pertunangan. Video yang mendapat hampir 200k tontonan meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut teruja dengan kisah percintaan pasangan muda ini.

    2022 tanpa jumpa terus menjadi tunangan dia. Alhamdulillah 2 tahun pertahankan hubungan. InsyaAllah tengah usaha menjadi yang halal untuk dia.

    Sumber: Qasehannis

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here