“Bukan Sehari Dua Keputusan Ini Saya Ambil, Dah 4 Tahun…”

    446

    Pasangan pelakon terkenal, Ellie Suriaty Omar dan Azri Iskandar disahkan sudah bercerai talak satu selepas 19 tahun bersama.

    Memetik laporan Astro Awani, talak dilafazkan Azri sekitar pukul 9.34 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

    Pelakon wanita itu dilaporkan nekad memohon penceraian Ramadan lalu selepas empat tahun memikirkan keputusan itu.

    Bukan sehari dua keputusan ini saya ambil, sudah empat tahun. Keputusan ini bukan saya buat dalam keadaan marah, kecewa atau secara tergesa-gesa.

    Percayalah, sudah terlalu banyak hal yang saya fikirkan dan pertimbangan yang saya buat sebelum meminta Azri melepaskan saya.

    Janji kami, yang berpisah adalah kami berdua, namun, anak-anak akan terus mendapat perhatian dan kasih sayang. Kami sepakat anak-anak tidak boleh menjadi mangsa perceraian.

    Sangat menghormati Azri sebagai seorang lelaki dan bapa kepada anak-anaknya, Ellie turut meluahkan rasa bersyukur kerana proses penceraian berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Katanya lagi, mereka sudah duduk dan berbincang secara matang untuk mencapai kata sepakat termasuklah soal dua anaknya.

    Kredit: Astro Awani

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here