Dikatakan Jual Inai Tak Mesra Wuduk, Netizen Tak sangka Ditipuu Pengasas!

    205

    Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana mereka ini sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk berhias nampak cantik di mata orang di sekeliling. Ini termasuklah menghiaskan kuku mereka dengan memakai inai yang dikatakan mampu menarik keyakinan seseorang, misalnya bagi menaikkan seri pengantin. Pun begitu, pemakaian inai pada masa ini dipakai oleh mana-mana sahaja wanita, biarpun tiada sebarang majlis perkahwinan atau perayaan.

    Akan tetapi, sekiranya seseorang wanita hendak menghiasi kuku mereka dengan memakai inai, mereka hendak memastikan tekstur dan warna tersebut boleh dipakai sewaktu menunaikan solat.

    Baru-baru ini, tular di laman TikTok apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana Zahra memuat naik sebuah video dengan mengatakan dirinya telah ditipu oleh seorang penjual inai terkenal yang mendakwa produk tersebut sah dibawa solat.

    Sebaliknya, menerusi perkongsian video tersebut, dia cuba mengikis inai yang dipakainya tersebut bagi mengetahui kebenaran sama ada ia benar-benar mesra wuduk atau tidak. Berdasarkan video berdurasi tiga puluh sembilan saat itu, wanita itu mendedahkan inai tersebut sebenarnya tidak sah.

    Pada masa yang sama, wanita itu teringat akan pesanan Ustazah Asma’ Harun iaitu pendakwa terkenal dengan mengatakan sekiranya pengguna mengikis inai tersebut dan mendapati kuku mereka menjadi putih dan bukannya oren, ia sebenarnya menjadikan wuduk seseorang tidak sah dari segi hukum.

    Meninjau ke ruangan komen, kelihatan ramai yang mengenai founder tersebut dengan mengatakan ‘si dia’ tidak mengaku produk tersebut adalah keluaran dirinya, selain mengatakan ‘dia’ sempat mempersendakan rupa fizikal seseorang.

    Selain itu, ada netizen meluahkan kerisauan dan ketakutan apabila melihat wanita itu mengikis kukunya bagi membuang inai tersebut apabila sedar bahawa ia tidak sah untuk mendirikan solat.

    Ekoran itu, terdapat pengguna platform tersebut berkongsi pengalaman mereka dengan mengatakan kuku mereka rosak dan timbulnya bintik-bintik putih apabila memakai inai.

    Tidak kurang juga, ada yang mengatakan dirinya takut untuk memakai mana-mana inai yang berada di pasaran disebabkan berasa takut terkena seperti kes terbabit.

    Sumber: TikTok @farhanazahra91

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here