Enjin Kereta Masih Hidup, Pemuda Terjun Jambatan Pulau Pinang!

    612

    Seorang lelaki meninggalkan kereta dan barangan peribadi miliknya sebelum dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 4.0 arah Perai ke Georgetown, hari ini.

    Menurut laporan Astro Awani, kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan bahawa pasukan mereka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan sekitar jam 11.42 pagi.

    “Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati pemuda itu meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih dalam keadaan enjin masih hidup di atas jambatan.

    “Pemeriksaan di dalam kereta mangsa telah menemui dokumen pengenalan diri mangsa bersama geran kereta selain perkakasan rumah seperti kipas angin dan beberapa telefon bimbit,” katanya.

    Difahamkan, usaha mencari mangsa yang berusia 28 tahun itu dijalankan oleh pasukan penyelamat bermula dari atas jambatan.

    Kejadian tersebut mengundang keprihatinan warganet yang rata-rata bersimpati terhadap mangsa menerusi ruangan komen posting di Facebook Astro Awani.

    Sumber: Astro Awani (Dewi Nur Harasha Alias)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here