Erin Didakwa Sebabkan Kerugian RM52,900 Seorang Wanita, Rupanya…

    165

    Sudah lama rasanya kita tidak dengar perkembangan bekas isteri Da’i Farhan ni dan sekarang timbul pula satu dakwaan dari seorang wanita yang mendakwa Noorainul Naqim Mohd Radzi telah menipu sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM52,900.

    Memetik laporan Utusan Online, wanita yang dikenali sebagai Norsiyah Kasnawi mendakwa dirinya mahu menjalin kerjasama untuk mengusahakan perniagaan kosmetik bersama Noorainul atau lebih dikenali sebagai Erin.

    Norsiyah mendedahkan bahawa Erin bertanggungjawab membekalkan produk penjagaan kulit atas namanya. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini janji hanya tinggal janji kerana produk masih tidak siap. Erin juga bersetuju untuk menggerakkan laman web atas jenamannya namun sebaliknya berlaku.

    Sepanjang berkawan, mulanya saya tidak syak apa-apa. Apabila semakin rapat, dia sudah berani untuk meminjam wang namun atas dasar percaya, saya berikan pinjaman. Lebih teruk, Erin turut memperkenalkan seorang lelaki bernama Taufik yang kononnya pekerja di syarikatnya untuk mereka bina laman web rasmi perniagaan saya tetapi Taufik yang sudah diberikan pembayaran penuh RM12,000 itu pun masih belum menyerahkan kata kunci dan akses untuk saya mengendalikan laman web yang kononnya dibina.

    Bahkan laman web itu juga tidak seperti yang dirancang seperti di peringkat awal. Dedahnya, Setakat ini, Nor telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja, Klang dan akan memastikan Erin diheret ke mahkamah.

    Kredit: Utusan

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here