Ini Rupanya Mengapa Ustaz Abdul Somad Dilarang Masuk Singapura…

    364

    Sejak beberapa hari lalu, kecoh apabila seorang pendakwah bebas terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) telah ditahan selama 4 jam lamanya dan dilarang untuk memasuki Singapura.

    Hari ini, pihak Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura menyatakan penahanan UAS pada 16 Mei lalu adalah kerana beliau didakwa sebagai ‘pelampau’ dan pendukung dasar pemisahan.

    Disebabkan itu, UAS tidak boleh diterima memasuki negara republik berkenaan yang berbilang kaum dan agama. Pihak Singapura kemudian menghantar UAS pulang ke Batam, Indonesia pada hari sama selepas menahan beliau di Terminal Feri Tanah Merah.

    Berikut adalah antara contoh mengapa UAS dilarang masuk ke Singapura. Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-palestin dan dianggap sebagai operasi ‘mati syahid.

    Beliau juga pernah membuat kenyataan yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain, seperti Kristian dengan menyifatkan salib sebagai tempat tinggal jin kafir. – Penjelasan dari laman web kementerian Singapura.

    Apa yang berlaku ke atas UAS ini bukanlah kali pertama apabila beliau turut dilarang memasuki beberapa negara lain seperti Hong Kong (2017), Timor Leste (2018), Switzerland, Jerman dan Uniter Kingdom (2020).

    Kredit: Utusan

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here