“Jika ada pahala puasa aku harini, kau ambil jela Yun….” -Sahabat arwah

    653

    Pemergian 5 sahabat yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara semalam sememangnya mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

    Mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20. Kesemua mangsa juga adalah pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah, (USAS), Kuala Kangsar.

    Sejak semalam, pelbagai kisah sayu daripada sahabat dan ahli keluarga berlegar-legar di media sosial memandangkan masing-masing baru sahaja pulang ke kampus setelah berhari raya tempoh hari.

    Dalam salah satu perkongsian yang diperoleh daripada aplikasi TikTok, rakan Allahyarham Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar iaitu Amir Syafiq telah memuat naik beberapa gambar kebersamaan mereka serta tangkapan layar mesej perbualan mereka beberapa hari sebelum kejadian.

    Menerusi video tersebut dia menyatakan masih lagi berasa terkejut dengan berita duka ini dan pada hari ini (semalam) Amir memilih untuk melakukan puasa sunat dan menyedekahkan seluruh pahala puasanya kepada arwah.

    “Jika pahala puasa aku harini Allah izinkan masuk dalam buku amalan kau Yun, ambil jela Yun. Aku tak nak ambil sedikit pun pahala tu, semua untuk kau Yun.

    “Jangan kau tolak-tolak macam selalu kau buat bila aku nak tolong kau sepanjang kita bersahabat dulu…” tulisnya.

    Tak hanya itu, Allahyarham Nasrun juga sempat berkongsi pesan nabi kepada rakannya itu dan ia sememangnya satu pesanan yang sangat baik daripada seorang sahabat kerana ternyata itu adalah titipan perkongsian terakhir sebelum dia pergi.

    Perkongsian-perkongsian yang dibuat oleh Amir Syafiq telah membuatkan warganet turut berasa sedih dan sebak walaupun tidak mengenali semua mangsa yang terlibat.

    Rata-rata mengakui terkesan dengan pemergian 5 sahabat itu dan mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

    Semoga Allah tempatkan 5 sahabat ini dalam kalangan para solihin

    Sumber: TikTok Amir Syafiq

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here