Konon Nak ‘Ngorat’ Anak Buah, Pemuda Tak Sangka Jadi Perhatian!

    1911

    Kecoh di media sosial gara-gara seorang pemuda menyuarakan hasrat untuk mengorat anak buah sendiri atau nama lain ‘anak saudara’. Umum tahu, perkahwinan antara lelaki atau perempuan dengan anak saudara adalah dilarang dalam agama Islam.

    Menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu menulis kapsyen; ‘nak ngorat tapi anak buah pula, pening kepala.’ Video 15 saat itu memaparkan seorang perempuan tengah duduk di belakangnya.

    Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya mengecam dan menentang keras tindakan pemuda terbabit. Wargamaya marah dengan individu itu kerana membuat ‘content’ seolah-olah tidak memahami hukum membabitkan hubungan secara mahram.

    Hasil pemerhatian kami, video terbabit telah dipadam dari akaun TikTok miliknya. Dalam hantaran berbeza, pemuda itu berasa kesal kerana orang ramai berandaian buruk selain menabur fitnah.

    Sumber: TikTok @ayidcomel

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here