Kronologi Penuh Kejadian Lima Pelajar, Dan Dua Treler Kemaalangan!

    250

    Seramai lima pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dilaporkan rentvng selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam sebuah kemalang4n dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora di Ipoh.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, menerusi laporan Berita Harian, menjelaskan insid3n berkenaan melibatkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dan dua treler yang masing-masing bermuatan besi serta mozek.

    Susulan daripada itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 12.52 tengah malam tadi. Insiden tersebut mengakib4tkan lima mangsa meningg4l dunia di tempat kejadian berikutan rentung manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan dilaporkan terselamat.

    Dalam pada itu, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi menerusi satu ciapan di laman Facebook sempat mengucapkan takziah kepada keluarga besar USAS yang kehilang4n lima pelajar dalam kemalang4n tengah malam tadi.

    Innalillah wainna ilaihi raajiuun. Allah jua yang mengasihi lima pelajar kami yang meningg4l kerana kemalang4n pagi ini.

    Terbaru, pihak polis telah pun menahan pemandu treler yang membawa muatan besi pagar bagi membantu siasat4n di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

    Sumber: Berita Harian & TikTok

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here