‘Masa Mula Kena Saya Asyik Menangis ..’

    304

    Baru-baru, kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof kembali mendapat perhatian apabila dia mendedahkan rumah tangganya masih diganggu anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira.

    Menerusi video TikTok @Choco Zain, Puteri Sarah mendedahkan modus operandi yang dilakukan demi merosakkan mahligai bahagia bersama Syamsul. Kata pelakon berumur 37 tahun, dia terpaksa menghadapi buli siber sejak empat tahun dulu sehingga sekarang.

    Dia macam siberbuli. Orang macam ini dia tak gembira dengan kehidupan sendiri sebab itu dia kacau orang lain. Sekarang saya nak bagitahu sebab sebelum ini orang tidak tahu macam mana saya kena.

    Dulu bila saya dengan suami dekat rumah, tengah happy.. ada saja fake account yang DM saya. Nak kacau mental saya, cuba nak psycho. Dia saja nak saya fikir bukan-bukan pasal suami saya. Lepas itu, saya dan suami akan gaduh. Itu modus operandi dia.

    Cerita pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, tindakan tersebut membuatkan dia menangis dan kerap bergaduh dengan Syamsul yang merupakan seorang pengarah terkenal.

    Masa mula-mula saya kena, tak faham lagi. Asyik menangis.. Asyik bergaduh dan fikir bukan-bukan. Sekarang, modus operandi dia dah tak jalan (berhasil). Selalu orang ketiga dia akan buat macam itu, demi dapatkan perhatian.

    Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ditanya dia tidak takut terus menyebut nama orang ketiga? Jawabnya, tidak kerana dia sudah lama menyimpan dalam hati. Tak! Sebab dulu saya tak pernah mention. Saya dah malas nak simpan! Dulu saya kena macam ini, saya simpan. Kemudian kacau mood, saya selalu lepas marah dekat anak-anak. Syaikhul yang kena, kesian dia. Rasa sedih pun ada.

    Saya tak nak off DM. Sebab itu akan menunjukkan saya takut. Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

    Sumber: TikTok @Choco Zain

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here