Mira Filzah & Suami Dah Pilih Nama Anak, Peminat Puji Nama Anak Sedap!

    58

    Pelakon Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar mengumumkan nama putera sulung mereka kepada orang ramai pada hari ketujuh. Menerusi hantaran di Instagram (IG), pasangan ini sepakat memilih nama Wan Khair Amir untuk anak pertama.

    Menurut Emir dan Mira, nama itu diambil bersempena nama bapa kepada Emir iaitu Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar serta gabungan nama mereka berdua.

    Hari ini (16 Mei 2022) hari ketujuh bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami sebagai Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

    Wan Khair Amir. ‘Khair’ membawa maksud ‘baik’ atau ‘elok’ yang diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). ‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah’ atau ‘pemimpin’ yang diambil daripada gabungan nama kami berdua, Emir dan Amirah.

    Pada hari yang sama juga, ibadah tahnik dan bercukur turut dilakukan yang telah disempurnakan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don.

    Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

    Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.

    Emir dan Mira turut memuat naik foto dengan anak lelaki dari pandangan sisi dan menyatakan nama akaun Instagram bayi berkenaan iaitu @wankhairamir yang diletak dalam mode privasi.

    Di ruangan komen, rakan artis dan peminat teruja dengan pemilihan nama tersebut. Malah, rata-rata wargamaya mendoakan agar Wan Khair Amir membesar menjadi anak soleh.

    Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memberitahu majlis itu diadakan secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga.

    Sebelum ini, Emir memaklumkan isterinya selamat melahirkan anak mereka pada 10 Mei lalu jam 3.40 pagi. Kata Emir, tarikh kelahiran anak lelaki mereka sama dengan Mira mengikut kalendar Islam.

    Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

    Sumber: Instagram @wanemirastar

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here