MK K-Clique Hadir Rumah Terbuka Sambil Pegang Tangan Gadis, Peminat Wanita Patah Hati!

    261

    Penyanyi dah pelakon MK K-Clique sekali lagi membuat peminat terutamanya wanita patah hati apabila tular sebuah video di mana dia dilihat berjalan sambil memegang tangan seorang gadis.

    Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Sugardoll.finie memperlihatkan penyanyi berusia 26 tahun itu menghadiri majlis rumah terbuka.

    Namun, apa yang menyentak hati ramai peminat wanita adalah MK hadir bersama dengan seorang gadis sambil berjalan memegang tangan. Malah mereka turut memakai baju berwarna sama iaitu warna hitam. Ada yang patah. Bukan kayu tapi hati.

    Dalam pada itu, MK turut repost hantaran daripada pemilik akaun I.strawberryx di Instagram. Di dalam video berkenaan jelas kelihatan wajah gadis yang dipercayai adalah teman wanita pelantun lagu Pulang itu.

    Okay jangan patah hati ya semua. Bukan itu sahaja, terdapat warganet yang mendakwa melihat mereka berdua keluar bersama di Kuantan, Pahang.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here