Netizen Tegur Emma Maembong Dah Tak Ada Baju ke?

    842

    Pelakon cantik, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 30 bukanlah nama asing dalam industri seni Tanah Air.

    Lakonan mantapnya dalam drama terbaru Nusyuz Berkiblat Cinta yang ditayangkan di saluran Astro baru-baru ini telah menuai pujian daripada peminat drama Melayu susulan watak yang dibawakan berbeza daripada biasa.

    Dia yang sememangnya dikenali sebagai pelakon yang ‘humble’ juga tidak lokek berkongsi kehidupan hariannya di Instagram dengan memuat naik gambar-gambar untuk tontonan peminat.

    Namun, posting terbaru Emma dengan pakaian yang agak menjolok mata kali ini telah dikritik ramai kerana terlihat sangat terbuka lebih-lebih lagi warna singlet yang digunakan berwarna putih.

    Dalam perkongsian tersebut Emma telah memuat naik gambar dengan gaya rambut terbaru yang dibuat di sebuah salon rambut di Bali.

    Walaupun rambut barunya mendapat pujian daripada kenalan-kenalan rapat, namun pemakaian pelakon berkenaan menjadi bualan netizen kerana merasakan dia terlalu seksi.

    Selain Emma, turut kelihatan adiknya, Chacha Maembong dan seorang lagi pelakon, Natasha Elyzza yang tampil ‘daring’ ketika berada di salon berkenaan.

    Dah tak ada baju lagi ke kak?
    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan berasa ralat melihat penampilan Emma sekarang walaupun tahu pelakon itu sudah tidak bertudung lagi selepas membukanya pada tahun 2019 setelah 5 tahun berhijab.

    Walau bagaimanapun ada juga yang memberikan nasihat supaya dia lebih menjaga penampilannya dan berharap agar pelakon wanita berkenaan peka tentang persepsi masyarakat memandangkan dia juga merupakan public figure.

    Sumber: Instagram emma_maembong

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here