“Pak Cik Nak Keluarkan Duit, Tapi Anak…” Luahan Pakcik Ini Buat Ramai Sebak!

    186

    Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah insan bergelar ibu bapa yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak mereka. Namun, seringkali pengorbanan itu disia-siakan tatkala anak-anak mula mengecap kejayaan sehingga mengabaikan ibu bapa mereka.

    Tular di media sosial video yang dikongsi pengguna TikTok bernama miyyyyyy6 menunjukkan seorang lelaki warga emas dilihat berdiri lama di hadapan mesin ATM. Warga emas itu kelihatan sugul selepas cubaannya berkali-kali untuk mengeluarkan duit gagal.

    Melihat kejadian itu, tunang kepada pengguna TikTok berkenaan lantas turun daripada kereta dan bertanyakan hal yang sebenar kepada warga emas tersebut. Warga emas berbaju putih itu menjelaskan bahawa dia cuba untuk mengeluarkan duit tetapi gagal kerana anaknya belum memasukkan wang kepadanya.

    Pakcik nak keluar duit tapi anak belum masukkan duit lagi. Duit tinggal RM11 sahaja dalam akaun. Mengetahui perkara tersebut tunang wanita berkenaan terus menghulurkan sampul yang berisi duit kepada pakcik tersebut bagi membantu meringankan masalah yang dihadapinya.

    Video yang menjadi tular itu mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata netizen bersimpati dengan lelaki warga emas berkenaan dan ada memuji tindakan tunang kepada wanita tersebut.

    Kredit: TikTok miyyyyyy6

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here