Rakaman Seram Kelibat Putih ‘Menunggu’ Di Beranda Rumah…

    463

    Perkara yang berkaitan dengan alam mistik ini memang sudah tidak asing lagi dengan kehidupan masyarakat. Kewujudannya dalam pelbagai cara untuk menggangu manusia memang tidak dapat dinafikan.

    Ada kalanya gangguan berupa bunyi-bunyian pun sudah cukup membuatkan bulu roma seseorang itu meremang, apatah lagi jika kelibatnya muncul di depan mata.

    Seperti perkongsian sebuah video tular di media sosial yang memaparkan situasi seram sebuah keluarga yang melihat kemunculan entiti berwarna putih yang sedang duduk di beranda rumah.

    Menurut Hanifah Syatiri yang memuat naik rakaman tersebut, individu yang berada di dalam video berkenaan didakwa sebagai adiknya dan isteri yang berada di hadapan rumah ibu bapa mereka.

    ”Ini cerita sebenarnya, ini adik aku dan isterinya yang ingin menziarahi ke makam ayah kami sekitar jam 8.30 malam.

    ”Rumah itu rumah orang tua kami yang kosong kerana ibu kami yang tinggal di situ pindah rumah dan (individu) yang menguruskan rumah lupa untuk menghidupkan lampu. Dari jalan rumah apabila dihalakan lampu, auto jelas ya,” tulis Hanifah.

    Video berdurasi 56 saat itu telah mendapat hampir 9 juta tontonan dan ribuan komen warganet, hanya dalam tempoh 24 jam dimuat naik. Kalau berani, cuba tengok sendiri video di bawah ni.

    Sumber: TikTok hanifahsyatiri

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here