“Adibah Noor Beritahu Pasal Sakit Beberapa Bulan Lalu, Tapi…

    148

    Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian bintang seni tanah air iaitu Adibah Noor pada malam Sabtu kira-kira jam 7.40 malam akibat menghidap kans3r ovari.Menurut abang kandung yang ingin dikenali sebagai Angah berkata dia mengetahui tentang penyakit kans3r ovari yang dihid4p Allahyarham Adibah kira-kira beberapa bulan lalu.

    Kata angah, pembedahan yang dilakukan arwah berjalan lancar malah baru-baru in mereka sekeluarga ada keluar makan bersama. Namun, dia akur suratan takdir yang sudah tertulis.

    Adik saya beritahu kami dia sakit pun, lambat. Dia baharu beritahu kami beberapa bulan lalu kerana dia sendiri tahu dia sakit pun sudah terlambat. Rawatan dan pembedahannya sudah lancar. Tetapi rezeki dia sudah begitu, kita pun tidak tahu. Baru-baru ini, kami ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.

    Khamis lalu, kami diberitahu dia melakukan sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya tak pasti. Dos pun lebih sedikit untuk membu4ng sel kans3r. Jadi, mungkin dos itu terlalu kuat untuk dia. Tetapi saya tidak pasti, itu kena tanya doktor.

    Angah ditemui OhBulan! ketika usai majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai, Taman Keramat. Ditanya mengenai kucing-kucing peliharaan Allahyarham Adibah, Angah menyatakan dia dan keluarga belum mempunyai perancangan mengenai hal tersebut.

    Kita belum fikir lagi. Kita uruskan arwah dahulu hari ini. Mungkin selepas ini kami mahu jumpa kawan-kawan arwah untuk uruskan perkara itu. Tidak silap saya, kucing peliharaannya ada kira-kira 30 ekor.

    Terdahulu, Allahyarham Adibah, 52, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu, di Hospital Gleaneagles akibat kanser ovari tahap empat.

    Jenazah Allahyarham Adibah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai, Taman Keramat, pada jam 11.30 pagi tadi (Ahad).

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here