Buntu Duit Kahwin Tak Cukup, Lelaki ‘Pergi’ Minum Racuun Tikus di..

    497

    Seorang lelaki di Mojokerto dilaporkan nekad membunvh diri selepas berdepan masalah kewangan menjelang perkahwinan buat kali kedua dengan seorang janda, baru-baru ini.

    Menurut laporan Detik Jatim, mangsa Andri Budi Santoso ditemui meninggal dunia berdekatan pusara isterinya di Jawa Timur, Indonesia selepas meminum racun tikus sehingga maut.

    Salah seorang anaknya Bima Prayuganing Santoso berkata, bapanya yang berusia 46 tahun itu berubah menjadi pendiam sejak kebelakangan ini namun enggan berkongsi cerita dengan anak-anak.

    Remaja berusia 18 tahun itu berkata, difahamkan mangsa seperti tertekan kerana pihak keluarga janda bernama Fitri itu meminta Rp 17 juta (RM5,040) bagi mengadakan majlis resepsi mereka pada 3 Julai nanti.

    Bercerita lanjut, bapanya yang juga peniaga kasut itu sempat bertemu calon isteri pada Isnin sebelum pulang dan keluar semula selepas menukar pakaian.

    “Perasaan saya tidak sedap pada hari kejadian. Rasa serba tidak kena tetapi selepas Maghrib saya dimaklumkan tentang kematian bapa,” katanya.

    May4t bapanya itu ditemui oleh penjaga tanah kubur, Bambang Utomo dalam keadaan bersila dengan posisi membongkok di pusara isterinya sekitar jam 5.30 petang sebelum melaporkan kepada pihak polis.

    Difahamkan, mangsa menemui cinta baharu selepas isterinya Sutiya Ningsih meningg4l dunia akib4t wab4k Covid-19 pada 20 Julai tahun lalu.

    Ketua Perhubungan Awam Polis Mojokerto, Iptu Khoirul Umam berkata, hasil siasatan mendapati mangsa meningg4l dunia akib4t meminum racvn tikus yang dicampur dengan ubat serangga.

    “Polis menemui 1 paket ubat nyamuk, 2 bungkus bekas racun tikus, 1 paket sisa obat nyamuk cair, 1 gunting, selipar serta bekas muntah mangsa,” ujarnya.

    Sumber: Detik Jatim

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here