“Kalau bank tak kosong, awak tak rasa kosong kan?” – Soalan Pak Nil buat Shuk Terdiam…

    394

    Kemelut rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar sememangnya sudah diketahui umum apabila dakwaan berlaku curang terhadap isteri berlegar-legar di media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Dia yang sudah menjual rumah mewah di Denai Alam nampaknya telah memulakan kehidupan baru di Pulau Pinang apabila kurang mendapat tawaran dalam dunia hiburan disebabkan masalah yang berlaku.

    Oleh itu, menerusi perkongsian dari Program Hard To Heart yang dikenalikan oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa Pak Nil, Shuk telah meluahkan apa yang berlaku berdasarkan pertanyaan daripada Pak Nil.

    Dia mengakui yang sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera namun belum lagi ke mahkamah untuk proses selanjutnya.

    Shuk juga memaklumkan sebenarnya memang apa yang terjadi adalah salahnya dan disebabkan ia kerap berulang-ulang, wanita tersebut sudah tidak tahan lagi untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

    Dalam perbualan tersebut, Pak Nik dengan nada kecewa sempat bertanya kepada pelawak asal Pulau Pinang itu adakah dia rasa berbaloi berlaku curang berulang kali sehingga isterinya terluka dan persoalan tersebut membuatkan Shuk tertunduk serta mengakui ia sangat tidak berbaloi.

    Tambahnya, dia bukan hanya kehilangan segala-galanya, tetapi rakan-rakan turut menjauhinya selepas kontroversi tersebut. Bahkan, Shuk juga memaklumkan yang sebenarnya Sera sudah menanggung derita disebabkan kecurangannya sejak 4 tahun yang lalu sepanjang 6 tahun berumah tangga.

    Di akhir perkongsian dalam program tersebut, Shuk mengakui semua yang terjadi kini adalah salahnya dan dia terpaksa menghadapinya sendirian. Namun, pertanyaan Pak Nil tentang tindakan sewaktu dia berlaku curang dulu cukup membuatkan pelawak itu terkelu.

    Jujur, dia akui yang dirinya terasa cukup kosong memandangkan tiada lagi keluarga kecilnya yang sebelum ini sentiasa menceriakan hari-hari apabila pulang kerja. Sehubungan dengan perkongsian-perkongsian tersebut, ramai warganet yang meninggalkan komen di ruangan TikTok @imranimlap yang memuat naik semula rakaman program tersebut di aplikasi itu.

    Rata-rata mereka berasa ralat dengan Shuk dan faham perasaan kecewa Pak Nil terhadap pelawak berkenaan kerana kesilapan yang dilakukan dalam rumah tangganya terjadi berulang-ulang kali serta dengan orang yang sama.

    Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar Shuk Sahar berubah menjadi lebih baik dan berharap dia kuat menjalani dugaan kehidupan ini.

    Sumber: TikTok @imranimlap

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here