Kritikaal Ada Dadaah Dalam Badan, Anak Pucat Seperti Dah ‘Tiada’…

    335

    Netizen hari ini meluahkan rasa geram berhubung laporan mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang sedang kritikal di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dipercayai terdapat kandungan dadah dalam badan.

    Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak berusia empat tahun dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat sebelum pulang semula ke rumah ibunya selepas tiga jam.

    Ibu mangsa berkata, anaknya dibawa suspek keluar tanpa pengetahuannya sekali gus menyebabkan dia cuba mencari kanak-kanak itu dengan segera.

    “Saya tidak tahu dia dibawa keluar bapa saudaranya kerana tiada di rumah namun jam 5 petang ketika pulang, keadaan anak saya lemah dan sangkakan dia letih bermain.

    “Tidurnya juga tidak nyenyak dan sering tersentak membuatkan saya tidak sedap hati selain wajahnya kelihatan semakin pucat. Saya tersedar jam 1 pagi tadi (semalam) dan melihat keadaan dia semakin teruk yang mana keseluruhan tubuhnya pucat dan sangat lemah seolah sudah meninggal dunia,” kata wanita berusia 36 tahun itu.

    Panik dengan situasi terbabit, dia segera membawa anaknya ke Hospital Kuala Krai (HKK) dan terkejut apabila dimaklumkan terdapat kandungan dadah jenis methamphetamine dalam badan mangsa.

    Tambah wanita berkenaan, suspek sering ke rumahnya namun tidak pernah membawa mangsa ke mana-mana sebelum ini dan tidak menyangka perkara ini berlaku. Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek yang berusia 30 itu direman selama tujuh hari selain mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat.

    Bagaimanapun, suspek yang juga positif dadah jenis methampethamine serta turut memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah itu menafikan dia memberi bahan terlarang kepada mangsa.

    Sumber: Harian Metro (1) & (2)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here