Maklum diri sudah ‘Pergi’, Pemuda Kriitik Pemergian Adibah Noor Jadi Perhatian!

    1202

    Beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan pemergian pelakon dan penyanyi versatil, Adibah Noor dan ramai meluahkan perasaan sedih sambil merakamkan takziah kepada seluruh keluarga arwah.

    Pun begitu, terdapat segelintir warganet yang kurang mempunyai ‘adab’ memberikan komen disifatkan biadap terhadap laporan mengenai pemergian personaliti pelbagai bakat itu.

    Menerusi komen ditinggalkan, pemuda tersebut meluahkan rasa meluat mengenai laporan pemergian penyanyi itu dan mempersoalkan tentang aurat Allahyarham yang tidak ditutup sehingga menghembuskan nafas terakhir.

    “Sudahlah itu, dia sudah meninggal dunia. Dia bukan orang yang baik pun kerana mendedahkan aurat tanpa rasa bersalah.

    “Dah sakit pun masih belum insaf. Meluat.”tulis pengguna dikenali Badri Abdullah di ruangan komen Facebook Harian Metro baru-baru ini.

    Ekoran itu, ramai warganet berang dengan komen yang ditinggalkan oleh Badri kerana ia seolah-olah tidak menghormati Allahyarham Adibah Noor.

    Terbaru, pengguna itu dimaklumkan sudah meninggal dunia pada pagi Isnin lalu selepas subuh oleh ‘rakan terdekatnya’.

    Bukan itu sahaja, wakil tersebut meminta ramai mendoakan ‘arwah Badri Abdullah’ ditempatkan di kalangan orang-orang beriman menerusi hantaran di Facebook.

    Menjengah ke ruangan komen, makluman tersebut telah menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet dan ramai menyinis kematian Badri Abdullah secara tiba-tiba.

    Difahamkan, pemilik akaun tersebut mempunyai kaitan dengan akaun ghaib seorang pemuda sebelum ini.

    Sumber: Facebook Badri Abdullah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here