“Saya Sentiasa Sokong Dan Berada Dibelakang Dia..” – Noor Nabila

    186

    Bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila memberitahu dirinya akan sentiasa mempertahankan bapa kepada anaknya, Jebat Jayden meskipun didakwa memukul penghuni kondominium baru-baru ini. Menurut laporan Harian Metro, Noor Nabila akan sentiasa menyokong dan berada di belakang bekas suaminya.

    “Saya sentiasa menyokong dan berada di belakang dia.”kata Nabila apabila ditanya mengenai penahanan reman Sharnaaz hanya kerana minyak masak itu.

    Tambah wanita berusia 38 tahun itu, dia mengakui terkejut sebaik sahaja mengetahui khabar tersebut sehinga bertanya semula daripada pihak Sharnaaz mengeni kejadian sebenar.

    “Apabila mendengar khabar itu, saya terperanjat. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.”ujarnya.

    Pun begitu, Nabila yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa mengatakan dirinya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes itu kerana ia membabitkan siasatan polis.

    “Mengenai kes yang sedang berlangsung, saya tak nak komen lebih atau ulas lanjut sebab ia membabitkan siasatan polis.

    “Walau apa yang jadi, Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami, Jebat Jayden. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak,” katanya.

    Pada masa saya, Nabila turut mendedahkan Sharnaaz ada menghantar sebuah video dan menitiskan air mata apabila bertemu dengan anak mereka, Jebat selepas direman selama tiga hari.

    “Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya dan saya beritahu Sharnaaz, apa pun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan esok adalah hari baru.”kata Nabila lagi.

    Nabila berkata, sepanjang dirinya mengenali pelakon kelahiran Pulau Pinang itu, Sharnaaz merupakan seorang yang tegas dan bertanggungjawab selain menyayangi anak mereka.

    Untuk rekod, Noor Nabila mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 namun bercerai tiga tahun selepas itu.

    Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia empat tahun.

    Sumber: xtra (Padin)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here