Terima DM dakwa suami dah bertunang? Puteri Sarah pesan jangan lupa anak2

    498

    Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof nampaknya masih lagi berlarutan.

    Walaupun Syamsul dilihat masih mengunci mulut berkenaan isu adanya orang ketiga dalam perkahwinan mereka, namun Puteri Sarah dilihat kuat mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

    Kali ini, pelakon berkenaan telah memuat naik tangkapan layar direct message (DM) yang diperoleh daripada seseorang mendakwa suami sudah bertunang dengan seorang anak pelakon senior.

    Hal tersebut dikongsikan sendiri Sarah di Insta Story miliknya pagi tadi dengan menyertakan pesanan buat suaminya andai dakwaan itu benar.

    “Terima kasih DM saya. Kalau betul Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak” tulis Puteri Sarah ringkas.

    Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Syamsul yang membalas hantaran WhatsApp memaklumkan yang semua ini mengarut.

    Gosip tersebut muncul berikutan ada khabar angin mengatakan yang Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan seorang anak pelakon senior iaitu Ira Kazar dan ia masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

    Terdahulu, Puteri Sarah Liyana telah mendedahkan yang rumah tangga yang dibina bersama Syamsul pada 2014 telah diganggu oleh orang ketiga. Dia memetik nama Ira Kazar dengan menyatakan yang gadis itu sering mengganggunya menerusi direct message (DM) sehingga berasa tidak selesa.

    Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana, Harian Metro (Norhayati Nordin)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here