Betul ke ni Bilal?

    131

    Baru-baru ini, tular sebuah foto di platform TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelaki kepada selebriti dan usahawan tersohor, Neelofa berdasarkan bentuk wajah dan kulit putih gebunya.

    Menerusi perkongsian oleh pengguna dikenali @bebelancikmin, dilihat menjawab soalan daripada pengikutnya di platform tersebut yang memintanya berkongsi wajah sebenar Bilal iaitu anak kepada selebriti tersebut.

     

    Bagaimanapun, dia dilihat tidak berani menyatakan kesahihan gambar tersebut, sebaliknya menulis kapsyen bertanya kepastian sama ada bayi lelaki tersebut ialah Bilal atau tidak.

    Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menafikan foto bayi tular bersama seorang wanita dalam TikTok tersebut adalah anak lelakinya, Muhammad Bilal.

     

    “Maaf semua, ini bukan Bilal. Tetapi comelnya, masya-Allah,”komennya ringkas pada hantaran tersebut.Yang dukung baby tu adik perempuan Haris la

    Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet termasuklah ada individu mendakwa wanita yang mendukung bayi lelaki tersebut adalah adik perempuan kepada suami Neelofa iaitu Haris Ismail.

     

    “Ini bukan Bilal. Kanak-kanak lelaki itu anak buah Haris,”tulisnya.

    Selain itu, ada yang turut menafikan gambar tersebut dengab mengatakan bayi tersebut adalah anak buah kepada Haris Ismail merangkap sepupu Bilal secara tidak langsung. Sejak dilahirkan pada 29 Januari lalu, Neelofa dan Haris mengambil pendekatan untuk tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum atas alasan mahu ‘elak’ daripada sebarang penyakit Ain yang berpunca daripada pandangan mata atau dendam.

     

    Akan tetapi, bekas pengacara MeleTOP itu kerap berkongsi perkembangan dan foto anak lelakinya di media sosial meskipun hanya menampakkan sebahagian wajahnya seperti belakang badan, kaki dan tangan. Jika ada gambar penuh, selebriti itu pasti akan meletakkan ‘sticker’ bagi mengelakkan wajah anaknya terdedah.

     

    Sekadar info. Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal.

     

    Sumber: TikTok @deeja769, @bebelancikmin

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here