Doakan saya berhijab sepenuhnya – Dj Lin

    146

    Doakan saya berhijab sepenuhnya – Dj Lin

     

    Penampilan penyampai radio Suria FM, DJ Lin yang memakai hijab baru-baru ini mengundang perhatian ramai terutama warganet di aplikasi TikTok.

     

    Menurut laporan Utusan Online, pemilik nama Roslinda Abdul Majid itu berkata, penampilan tersebut adalah ketika menghadiri majlis kesyukuran anjuran pelawak Shuib.

    Sebenarnya saya memenuhi jemputan majlis kesyukuran penyampai baharu Suria FM, Shuib yang mengendalikan segmen Morning Morning Suria bermula semalam (Selasa).

    “Dia mengundang saya dan rakan-rakan Suria semua. Sebab itu penampilan saya sedikit berbeza daripada biasa,” katanya yang juga Pengurus Besar Suria FM.

    Sementara itu, penyampai segmen Suria Cinta itu turut mengharapkan doa peminat agar dia berhijab sepenuhnya satu hari nanti selain kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut.

    “Ramai yang mendoakan dan memuji, Alhamdulillah dan terima kasih. Doakan saya berhijab sepenuhnya.

    “Paling penting, semoga penghijrahan itu nanti adalah satu transisi abadi dan terus kekal sehingga akhir hayat saya,” ujarnya.

    Sumber: Utusan Online (Alif Fadli Mohd Sori) , TikTok DJ Lin

     

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here