Founder Baju Melayu Tiba-Tiba ‘Upload’ Video Bekass Isteri Di TikTok!

    1486

    Siapa ingat mengenai isu seorang founder wanita yang dibuang suaminya daripada syarikatnya sendiri kira-kira setahun yang lalu?

    Apa yang lebih mengejutkan lagi, founder yang bernama Nuramirah itu kemudiannya berpisah bersama suaminya ketika sedang sarat mengandungkan zuriatnya yang kedua. Bagai jatuh ditimpa tangga kan?

    Kini, Nuramirah dilihat bahagia meneruskan hidupnya sebagai seorang ibu tunggal bersama dua orang cahaya matanya.
    Dalam pada itu, bekas suami Nuramirah yang dikenali sebagai El Azman dengan secara tiba-tiba memuatnaik satu video mengenai bekas isterinya itu menerusi akaun TikToknya.

    Dalam video tersebut, dapat dilihat El Azman sedang menghadiahkan ‘gift’ kepada Nuramirah sewaktu dirinya sedang melakukan live di TikTok.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen seakan tertanya-tanya motif El Azman yang memuatnaik video memaparkan bekas isterinya itu di TikTok.

    Betul lah kata orang, bila ada depan mata tak nak hargai, bila dah tak ada di depan mata, sibuk meratap.

    Kredit: Instagram nuramirah11 | TikTok elazman

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here