Kacak! Ramai Tak Sangka ‘Drummer’ Dewa 19 Sudah Berusia 52 Tahun!

    206

    Konsert Dewa 19 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil selama dua hari berturut-turut iaitu pada 9 September dan 10 September 2022 telah mencipta satu momen bahagia buat Baladewa dan Baladewi.

    Mana tidaknya, konsert bersempena dengan 30 tahun band Indonesia itu ditubuhkan telah menghadirkan 4 orang vokalisnya serta bekas drummer, Tyo Nugros.

    Tyo yang sudah berusia 52 tahun itu telah mendapat perhatian ramai terutamanya wanita apabila ketampanannya ketika bermain drum menyebabkan ramai ‘histeria’.

    Dia juga dilihat pandai ‘mencuri’ perhatian kamera apabila memberikan senyuman kepada penonton sewaktu mengetuk drum. Momen tersebut berjaya dikongsikan oleh peminat di media sosial terutamanya di Tikok seperti yang dimuat naik oleh @annebelleeee.

    Dalam salah satu perkongsian penonton yang menyaksikan konsert itu juga, Tyo dilihat membaling stick drum kepada peminat seusai konsert selesai.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak menyangka yang umur drummer tersebut sudah melewati angka 50 tahun.

    Mereka juga tidak dapat menafikan bahawa drummer Dewa 19 memang kacak dan tetap segak sehingga ramai yang jatuh hati melihatnya di Axiata Arena kelmarin.

    Sumber: Instagram realnugros, TikTok @annebelleeee, @runonandon

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here