Menang Kes Tuntutan Hadiah Tanah Lot Banglo, Aishah Ralatt Baru Tahu Penaja Mufliss!

    152

    Penyanyi Datuk Aishah pernah meluahkan rasa kesal kerana sudah bertahun-tahun dia masih belum menerima sebidang tanah lot banglo seperti yang dijanjikan ketika menjadi juara program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) pada 2017.

    Menurut pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin, dia berasa bersyukur kerana setelah lebih lima tahun menunggu akhirnya isu tuntutan tanah lot banglo terbabit selesai. Meskipun pada awalnya dia enggan membawa kes berkenaan ke mahkamah, namun demi menuntut hak yang telah dijanjikan Aishah terpaksa berbuat demikian.

    Alhamdulillah, selepas lima tahun kes ini berlangsung baru temui penyelesaian.Sebenarnya kalau ikut hati saya tidak mahu kes ini di bawa sehingga ke mahkamah tapi apabila saya cuba berunding dengan pihak penaja terbabit selepas lapan bulan dari tarikh kemenangan, mereka minta diberikan masa.

    Difahamkan, penyanyi berusia 57 tahun itu sudah menunggu dan memberi masa selama enam bulan untuk menunggu jawapan daripada pihak penaja, namun tiada sebarang jawapan.

    Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja tunaikan apa dijanjikan. Salah satu yang kita ralat adalah defendan ketiga adalah seorang yang muflis daripada tahun 2018.

    Tegasnya, tiada istilah tamak dalam hal ini kerana dia cuma menuntut hadiah yang sepatutnya menjadi miliknya.

    Ini bukan cerita mengenai tamak atau minta melebihi apa yang dihebahkan. Apa hadiah yang dikongsikan itu saja yang kami tuntut. Malangnya perkara ini perlu berjalan selama bertahun-tahun dan akhirnya baru selesai.

    Saya harap apa yang berlaku ini menjadi peringatan kepada semua pihak yang berkenaan. Susulan daripada itu, pihak penaja hadiah terbabit tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat bayaran yang perlu diselesaikan serta beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja.

    Sebelum ini, Aisyah dinobatkan sebagai juara GV4 di mana dia layak membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barang kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,00 serta piala.

    Sumber : Harian Metro, aishahjmm

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here