Nampak ‘Loving’ Rupanya Suami Kaki Pukuul? Penyanyi Buat Laporan Polis Dakwa Dicekiik & Dihempaas Ke Lantai!

    736

    Tak dinafikan, pasangan romantis Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar mendapat perhatian ramai kerana kerap mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

    Namun baru-baru ini, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja ada berita mengatakan rumah tangga pasangan ini dilanda badai dan kini mula menjadi bualan hangat masyarakat Indonesia.

    Memetik laporan News Detik, konflik perkahwinan Lesti Kejora dan Rizky Billar dipercayai terbongkar selepas wanita itu tampil membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Difahamkan, insiden tersebut berlaku selepas penyanyi dangdut itu mendakwa suaminya berlaku curang.

    Pelakon yang berusia 27 tahun dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul isterinya selepas wanita itu meminta untuk dihantar pulang ke rumah orang tuanya. Rizky yang berang dipercayai telah menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai. Kejadian tersebt dipercayai dilakukan berulang kali.

    Tidak terhenti di situ, dia kemudian didakwa menarik tangan mangsa dan menghempaskannya ke lantai tandas. Susulan daripada perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan dan leher. Turut tular satu foto yang memperlihatkan mata Lesti lebam namun tidak dapat dipastikan apakah punca kecederaan itu.

    Menurut sumber, kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia. Namun sehingga kini, Lesti dan Rizky masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes tersebut.

    Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

    Sumber: News Detik

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here