Neelofa kongsi gambar Bilal.

    1290

    Neelofa kongsi gambar Bilal!

    Perkongsian di InstaStory milik selebriti popular, Neelofa sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik video memaparkan wajah ‘sipi-sipi’ anaknya Muhammad Bilal.

     

    Seperti biasa, video InstaStory itu kemudian dikongsi semula di akaun peminat sekali gus menjadi bahan bualan ramai yang sabar menanti bagi melihat wajah penuh bayi tersebut.

     

    Menerusi akaun TikTok @lofa.world, mereka mengakui cahaya mata sulung Neelofa itu dilihat semakin cepat membesar dengan usia sudah mencecah tujuh bulan.

    Video berdurasi 16 saat itu merakam kelibat Bilal dari belakang yang sedang duduk sambil bermain barang mainan setelah bangun tidur.

     

    Rakaman berkenaan mendapat lebih 214,000 tontonan dan pelbagai reaksi warganet yang memuji kecomelan anak bekas pengacara MeleTOP itu walaupun tanpa didedahkan wajahnya.Meskipun hanya melihat dari sisi, ramai dapat menjangka wajah Bilal seperti ibunya selain membayangkan bayi itu mirip sepupunya iaitu Jebat Jayden.

     

    Dibenarkan cepat besar, ramai nak tengok wajah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here