Netizen dakwa pramugari kekasih Sharnaaz Ahmad?

    288

    Tular foto berdua, netizen dakwa pramugari kekasih

    Sharnaaz Ahmad?Sejak menjalani kehidupan solo, pelakon Sharnaaz Ahmad sering ‘dikenenkan’ peminat dengan beberapa orang wanita yang bergelar selebriti tanah air.

     

    Terbaru, menerusi laporan Cari Forum, seorang wanita menggunakan akaun @diyya.eqa di aplikasi TikTok memuat naik sekeping fotonya bersama pelakon tersebut.Gambar berbentuk video itu meletakkan kapsyen ‘Jangan tag dia’ sehingga meraih hampir 418,000 tontonan serta ratusan komen netizen.

     

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat pelbagai spekulasi selain ‘menyeru’ akaun TikTok milik Sharnaaz untuk memberikan respon berhubung foto tersebut.

    Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu seolah-olah patah hati sekiranya benar dakwaan kedua-dua itu adalah pasangan kekasih.Namun begitu, tiada kesahihan dan kenyataan daripada Sharnaaz berhubung perkara tersebut yang berkemungkinan @diyya.eqa sekadar menghasilkan konten semata-mata.

     

    Untuk rekod, Sharnaaz pernah berkahwin dengan kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

     

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

     

    Sumber: Cari Forum , TikTok @diyya.eqa

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here