Netizen persoal tema Huggy Wuggy menjadi pilihan Aeril dan Wawa untuk sambutan Harijadi Attar

    161

    Netizen persoal tema Huggy Wuggy menjadi pilihan Aeril dan Wawa untuk sambutan Harijadi Attar,

    Minggu lalu, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran kesembilan anak sulung mereka iaitu Ahmad Fakharuddin Attar Suhairi dan berkongsi kemeriahan majlis tersebut di platform Instagram.

     

    Meriahnya sambutan birthday Attar!

    Menerusi perkongsian tersebut, Attar kelihatan gembira menyambut ulang tahun kelahirannya bersama ahli keluarga dan kenalan rapat yang hadir memeriahkan majlis tersebut.Kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar memang takkan pernah padam

    Malah, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin turut menitipkan ucapan buat anak sulungnya dan meluahkan kesyukuran melahirkan Attar.Wawa berkata, pengalaman mengandung dan melahirkan Attar sejak sembilan tahun lalu merupakan kenangan tidak dapat dilupakan serta mendoakan yang terbaik buat zuriatnya itu.

     

    “Happy birthday tanda cinta pertama, ayah mama… Ahmad Fakharuddin Attar. Sudah 9 tahun berlaku, kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar memang takkan pernah padam di ingatan mama.

    “Semoga menjadi abang dan anak yang baik. Amin ya rabbal alamin. We love you… always brother,”tulisnya di ruangan hantaran.Kenapa Huggy Wuggy?

    Bagaimanapun, perkongsian itu menerima banyak teguran dan kritikan di kalangan warganet di mana rata-rata menasihati mereka supaya tidak mempromosikan kartun Huggy Wuggy kepada anak-anak.Patutnya peka dengan karakter kartun

    Selain itu, mereka juga meminta pasangan selebriti tersebut lebih peka mengenai kartun kesukaan anak-anak terutama mempunyai ‘vibes’ negatif.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here