Pegang Gelas Pelukk Perempuan, Video Aktor Kacak Berhibur di Kelaab Tular!

    804

    Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang lelaki dikatakan mirip aktor terkenal sedang mabuk di kelab malam sambil bercium dengan seorang wanita.

    Video terbabit dikatakan telah dimuat naik oleh seorang lelaki dipercayai teman lelaki kepada wanita di dalam video tersebut. Menurut lelaki itu, teman wanitanya tidak mengaku bahawa dia berlaku curang walaupun video terbabit telah didedahkan.

    Namun begitu, dapat ciapannya di Twitter lagi, lelaki berkenaan memaklumkan aktor tersebut telah meninggalkan mesej kepadanya supaya memadam video terbabit kerana bimbang reputasinya sebagai seorang selebriti terjejas.

    Mana tidaknya, dia yang ketika itu sedang menari dilihat sedang memegang segelas minuman sambil dipeluk wanita itu.

    “Pelakon terbabit hubungi saya dan meminta untuk memadam hantaran berkenaan sebab dia ada imej yang perlu dijaga dan kata dia tak ada kena mengena dengan wanita itu. Wanita tu adalah wanita yang mabuk.” tulisnya.

    Namun begitu, lelaki terbabit enggan memadam video berkenaan kerana mahu haknya terbela dan ‘memberi laluan’ kepada wanita terbabit yang ingin popular.

    Walau bagaimanapun, akaun Twitter pemuda berkenaan telah diletakkan dalam mood private dan tidak dapat dilihat oleh warganet lagi.

    Namun begitu, buat masa ini belum ada sebarang penjelasan daripada pelakon lelaki terbabit berhubung kejadian tersebut.

    Sumber: Twitter

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here