Peniaga enggan layan permintaan pelanggan. Ibu hamil mengidam telur penyu.

    80

    Semua sedia maklum, penjualan telur penyu di Terengganu telah diharamkan sejak tiga bulan yang lalu bagi melindungi haiwan tersebut yang merupakan ikon bagi negeri itu.

     

    Pun begitu, permintaan terhadap telur penyu meningkat sejak akhir-akhir ini terutamanya di kawasan penjualannya sebelum ini iaitu di Pasar Besar Kedai Payang.Bagaimanapun, enggan untuk menerima tindakan undang-undang, salah seorang peniaga bernama Hayati Mad Zain mendedahkan dia dan bersama peniaga yang lain tidak mahu mengambil risiko untuk menjual makanan eksotik tersebut kepada pembeli

    Ujarnya lagi, ramai pembeli yang datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Johor mencari telur penyu itu namun, tiada peniaga yang berani menjualnya kerana bimbang akan dikenakan denda berjumlah RM250,000. Apa yang lebih menyedihkan, Hayati berkata ada segelintir ibu hamil sanggup merayu kepadanya untuk membeli telur penyu disebabkan oleh mengidam

    Paling membuatkan saya rasa sayu apabila segelintir ibu hamil merayu untuk membeli telur penyu kerana mengidam. Sebenarnya ramai juga yang masih mahu membeli telur penyu dengan alasan untuk dijadikan penawar penyakit lutut dan saraf.

    “Begitu pun kami tidak lagi mengambil bekalan (telur penyu) dan akur arahan kerajaan negeri demi pemuliharaan penyu yang kini semakin pupus,” jelasnyaUntuk info, pada November 2021, Enakmen Penyu (Pindaan 2021) Terengganu telah diluluskan untuk mengharamkan sebarang penjualan semua jenis telur penyu di negeri tersebut bagi memberi perlindungan terhadap haiwan berkenaan.

     

    Sumber: Kosmo (Kamaliza Kamaruddin)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here