Power Bank Dirampass, Tercari2 Dalam ‘Sampah’ Selepas Keluar Stadium

    270

    Meskipun tiga hari berlalu, masih ada cerita berhubung perlawanan akhir Piala FA 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil tular di media sosial.

    Dari isu nyanyian lagu Negara versi ‘keras’ sehingga kekecewaan segelintir penyokong yang perlu meninggalkan barang larangan di luar stadium, semuanya menjadi perbualan netizen.

    Salah satu video tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan penyokong tercari-cari barang ditinggalkan sewaktu melalui pemeriksaan keselamatan selepas tamat perlawanan.

    Seorang pemilik akaun, @apipausgone merakam situasi tersebut yang kelihatan beberapa penyokong gigih mencari barang milik mereka dalam longgokan botol minuman.

    Difahamkan, @apipausgone yang mencari pengecas mudah alih atau power bank seolah-olah kecewa dengan sikap pengurusan pihak stadium selepas tidak menjumpai barang miliknya.

    “Pengurusan paling gg (tidak pasti maksud singkatannya). Kau suruh orang letak power bank semua pastu kau biar je,” tulisnya dalam video tersebut.

    Namun begitu, netizen tidak menyebelahi situasi dialami @apipausgone tetapi mengecam pemuda itu kerana dia dan penyokong lain sepatutnya tahu jenis barang yang dilarang bawa masuk ke dalam stadium.

    Malah rata-rata netizen turut meninggalkan komen ‘bangsa final’, merujuk kepada individu yang tiba-tiba menyokong serta hanya muncul pada perlawanan akhir.

    Perlawanan itu menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 dimana lebih 80,000 penyokong kedua-dua pasukan membanjiri stadium tersebut.

    Bayangkan nak ‘handle’ puluhan ribu pengunjung, tak boleh la berharap pihak keselamatan bekerja keras menjaga semua barang larangan. Peraturan tetap peraturan!

    Sumber: TikTok @apipausgone

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here