Sakinah akui penat ulang alik 2 minggu sekali ke kampung suami.

    352

    Pelakon Sharifah Sakinah menafikan dakwaan dirinya berhijrah ke Sweden selepas berkahwin dengan suaminya, Michael Hansen.

     

    Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 33 tahun itu berkata, dia tenang di sana tetapi mengakui letih apabila perlu berulang-ulik dua minggu sekali.

    Sebelum ini saya cuma cakap pergi sekejap dan berulang-alik. Saya bukan jenis kacang lupakan kulit. Kehidupan saya kini tenang walaupun perlu berulang-alik begini.

    “Dari empat bulan sekali, kini menjadi dua minggu sekali. Disebabkan anak dah pandai cakap dan dia tanya bila saya nak balik.

    “Diakui ulang-alik ni sangat penat. Kos satu perkara, lepas itu ‘jet lag’ memang ambil masa seminggu sebab saya memang disiplin kalau bab tidur.

    “Ia makin penat bila saya di sana tiba-tiba dengar ada kawan meninggal di sini, saya tak boleh,” katanya.

    Sementara itu, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah kini berada di tanah air sekali gus memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

     

    “Saya anggap ia bulan bersilaturahim. Maksudnya, kalau orang ajak pergi acara, majlis hari jadi, saya akan datang. Dalam erti kata lain, saya tidak bekerja dan menjalani penggambaran.

    “Sebab sebelum ini, kalau balik Malaysia saya akan terbabit dengan penggambaran. Waktu itu saya memang tidak ada masa dengan anak dan kawan-kawan.

    “Jadi, bila balik sini macam tak balik. Sebab tu orang tak perasan kalau saya balik,” ujar pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

    Tambahnya, dia tidak mempunyai perancangan untuk membawa anaknya Anais tinggal bersama kerana itu sahaja cucu perempuan dimiliki oleh keluarga bekas suami, Aliff Adha.

    Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Instagram Sharifah Sakinah & Michael Hansen

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here