Seru abang bomba, tapi suami yang muncul selamatkan.

    789

    Fenomena ‘bomba sado’ masih dirasai sehingga kini, apatah lagi terdapat audio ‘Abang Bomba Selamatkan Saya’ digunakan oleh pengguna media sosial bagi menghasilkan pelbagai video.

     

    Begitu juga dengan usahawan dan selebriti popular, Neelofa apabila menggunakan audio tersebut ketika melakonkan situasi seolah-olah jarinya tersepit pada bahagian pintu.

    Video dikongsi kelab peminat, @lofa.world di aplikasi TikTok itu memaparkan selebriti berusia 33 tahun tersebut kononnya ‘menjerit’ meminta pertolongan daripada anggota bomba.

    Walau bagaimanapun, beberapa saat selepas itu, bukan anggota bomba tiba tetapi suaminya yang juga pendakwah bebas Haris Ismail datang ‘menyelamatkan’ situasi cemas berkenaan.

    Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gurauan bekas pengacara MeleTOP itu selain memuji suaminya yang turut melayan trend di media sosial.

    Bercakap tentang jari, sebelum ini ada individu mengkritik produk inai keluaran Neelofa dengan mengatakan warnanya seperti ‘lebam’ dan tersepit pintu.

     

    Sumber: TikTok @lofa.world

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here