Shila Amzah minta maaf buang gula-gula atas pentas.

    111

    Sedar melakukan kesilapan, penyanyi Shila Amzah memohon maaf selepas tular video memaparkan dia membuang gula-gula di atas pentas ketika menjayakan sebuah persembahan sempena Hari Merdeka menerusi RTM pada malam Selasa.

    Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 32 tahun itu menjelaskan bahawa dirinya kurang sihat ketika melakukan persembahan lagu berjudul Khilaf Asmara secara siaran langsung itu.Minta maaf sebab lupa buang gula-gula sekali lagi.

    “Kesan selepas demam, makan ubat batuk, selesema dan panadol, lepas tu minum kopi pada pukul 11.30 malam,” tulisnya pada kapsyen posting berkenaan.

    Menerusi video tular di aplikasi TikTok, penyanyi lagu Patah Seribu itu dilihat mengeluarkan gula-gula dari mulutnya sambil memusingkan badan sebelum membaling ke arah belakang pentas.Justeru, tindakan ibu tunggal seorang cahaya mata itu sekali gus mengundang kecaman netizen kerana ia bukan kali pertama dia berbuat demikian.

    Rata-rata mendakwa Shila tiada kesedaran sivik selain memberi pendapat bahawa gula-gula tersebut sepatutnya dibuang terlebih dahulu sebelum naik ke atas pentas.Difahamkan sebelum ini, Shila atau nama penuhnya NurShahila Amir Amzah pernah melakukan aksi sama ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu.

    Sumber: Instagram Shila Amzah , TikTok

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here