Taknak bunyi ekzos mengganggu ustaz baca doa, rider turun tolak motor.

    242

    Taknak bunyi ekzos mengganggu ustaz baca doa, rider turun tolak motor.

    Tiada guna sekiranya mempunyai ilmu tinggi, tapi adab dan hubungan sesama manusia tidak dijaga dengan baik. Malah perlu juga ada ‘common sense’, lagi-lagi jika hidup bermasyarakat.

     

    Tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan tindakan luar biasa seorang penunggang motosikal yang berjaya membuatkan netizen tersentuh hati apabila menontonnya.

     

    Video dikongsi di akaun @me.2023 itu memperlihatkan rider tersebut menolak motosikalnya ketika melalui sekumpulan individu yang dilihat sedang menadah tangan membaca doa.

    Tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan bunyi bising daripada ekzos, sekali gus individu-individu berkenaan dapat memberi sepenuh tumpuan kepada doa dipohon mereka.

    Jika diperhatikan dalam video berdurasi 16 saat itu, kelihatan juga seorang lelaki berkopiah sedang memegang mikrofon yang mengetuai bacaan doa tersebut.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan majlis apa sedang berlangsung selain lokasi juga tidak dinyatakan yang berkemungkinan berlaku di negara seberang.

     

    Sumber: TikTok @me.2023

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here