Wajah berseri Jihan Muse tarik perhatian. 

    201

    Wajah berseri Jihan Muse tarik perhatian.

    Baru-baru ini, pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa yang berkongsi perkembangannya yang sedang sarat hamil anak kedua telah berjaya meraih perhatian ramai.

     

    Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jihan di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa foto terkininya ketika membuat pemeriksaan terakhir anak keduanya yang dijangka akan dilahirkan bulan ini.Kejap macam nak keluar, kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda. Betul-betul anak nombor dua. Doakan ye,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.Nampak berseri lah muka Jihan!

    Bukan itu sahaja, majoriti netizen serta rakan artis turut menyedari keserian wajah Jihan kelihatan terserlah ketika menghamilkan cahaya mata keduanya itu.Terdahulu, Jihan meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila dia diberi peluang sekali lagi untuk mendapat zuriat yang kedua selepas anak sulung lelakinya iaitu Ungku Arsalan Haq yang baru sahaja berusia empat tahun.

     

    Untuk info, Jihan mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ungku Hariz pada tahun 2016 selepas sembilan tahun mereka bercinta. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq.

    Sumber : Instagram jihan muse

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here