Warga emas 72 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

    137

    Warga emas 72 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah melakukan rab4an pada mangsa berumur 14 tahun selain melakukan hubungan s3ks.

    Berdasarkan pertuduhan, warga emas berusia 72 tahun itu telah kematian isteri sejak dua tahun lalu.

    Warga emas berstatus duda itu didapati telah melakukan amang s3ksual terhadap mangsa berusia 14 tahun.

    Perbuatan itu dilakukan semasa berada dalam kereta Perodua Viva antara jam 10 pagi hingga 3 petang pada 29 Ogos lalu.

    Rosmi Hassan 72 tahun telah membuat pengakuan bersalah di mahkamah sebelum Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan menjatuhkan hukuman itu.Berdasarkan fakta kes, mangsa memberitahu telah berkawan rapat dengan tertuduh yang merupakan jiran lama sejak tertuduh kematian isteri dua tahun lalu.

    Pengadu yang merupakan abang mangsa tidak mengesyaki sebarang mencurigakan kerana tertuduh telah berusia, namun mula mengesyaki sesuatu apabila mangsa kerap keluar bersama hampir setiap minggu termasuk mendapat duit, telefon dan pakaian daripada tertuduh.

    Pada 29 Ogos lalu, pengadu terserempak dengan mangsa dan tertuduh yang sedang menaiki kereta jenis Perodua Viva sebelum mengejarnya bagaimanapun cuba dilanggar tertuduh.Selepas tertuduh ditahan polis, pengadu terkejut apabila mangsa memaklumkan tertuduh telah mer4ba badan mangsa serta melakukan hubungan s3ks.Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan r0gol terhadap mangsa sama kira-kira jam 3.30 petang pertengahan Ogos lalu di sebuah rumah.

    Namun tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

    Mahkamah kemudian menetapkan 28 September ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh dikenakan denda RM1,800 atau tujuh bulan penjara jika gagal bayar selepas mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap abang mangsa.

    Majistret Izwan Mohamed Noh membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan pada 29 Ogos lalu jam 3.30 petang.Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here