Paru-Paru Berdaraah, Nad Zainal Ditidurkan! Ungku Ismail Minta Orang Ramai Doakan…

    83

    Pelakon Ungku Ismail Aziz memohon orang ramai mendoakan kesihatan rakan baiknya Nad Zainal yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ungku berkata, Nad dimasukkan ke wad selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

    Saya pohon doa-doa semua kepada Nad Zainal yang dimasukkan ke ICU hari ini kerana jangkitan kuman di paru-paru. Beberapa prosedur dijalankan dan menurut doktor dia stabil, tapi keadaannya tak berapa okey (tak sihat).

    Sementara itu, rakan baik Nad Zainal iaitu Aina Liza berkata dia baru mendapat kebenaran keluarga untuk berkongsi berita itu dengan media.

    Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.

    Sama-sama kita doakan semoga Nad Zainal kembali sembuh dan kembali ke pangkuan anak-anak. Amin.

    ADVERTISING

    Kredit: Kosmo!

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here