Penyokong Tegass Abah Sentiasa Menang dihati rakyat, Buat Ramai Terharu!

    147

    Nampaknya, teka-teki siapa yang menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 akhirnya terjawab apabila Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebentar tadi.

    Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan Istana Negara selepas Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan dalam Perkara 40 (2)(A) dan Perkara 43 (2)(A) Perlembagaan Persekutuan.

    Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran di media sosial, ramai yang tetap menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meskipun gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

    “Biar kita kalah bermaruah daripada kalah tanpa maruah, abah tetap menang dihati kami semua. Semoga satu hari nanti martabat Islam dijulang tinggi,” ujar penyokong.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memaklumkan akan sentiasa menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ini.

    Bukan itu sahaja, ramai yang menitipkan ucapan terima kasih buat pemimpin itu yang pernah menabur bakti kepada rakyat terutama ketika pemerintahannya pada era Covid-19

    Sumber: TikTok @leannalee

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here